Kenapa PAS MArah Sangat Dengan Kerjasama Dengan UMNO...PElik Dan Ajaib Lah...
TEMERLOH 28 Okt. - Laporan sebuah akhbar berbahasa Tamil yang mendakwa Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengadakan kerjasama dengan
UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 disifatkan tidak berasas sama
sekali.Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menegaskan, satu tuntutan tegas dikeluarkan terhadap akhbar berkenaan agar
bertindak membuat permohonan maaf terhadap Mursyidul Am PAS seterusnya menarik
semula laporan berita tersebut.“PAS sangat kesal dan serentak dengan itu
juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman
kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.“Mesej berita itu
sangat mengelirukan masyarakat India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu
dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, beliau telah menerima pelbagai
panggilan dari penyokong masyarakat India yang mahu penjelasan terperinci
berhubung laporan berita baru-baru ini.“Kita kesal dengan cara penulisan
berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber
yang tepat dan bersifat rekaan,” katanya.
Tambahnya lagi, PAS mengulangi pendirian akan terus bekerjasama di bawah naungan Pakatan Rakyat berdepan PRU13 kelak.Sebuah Akhbar rasmi berbahasa Tamil sebelum ini telah menyiarkan laporan berita mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan beberapa isu sensitif yang dibangkitkan DAP dan PKR lantas berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa Pimpinan UMNO/BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Masyarakat India Tu hanyalah takut dengan bayang bayang sendiri takut untuk melihat orang melayu bersatu...kenapa PAS perlu takut dan cemas nampaknya...itu pun baru 2..3 kerat saja orang india yang menegurnya tu.Porahhhhh PAS .....
Comments