Penyokong PAS Kedah Bantah Sebarang Tindakan Ke Atas Ustaz Nasharuddin

Tekanan ke atas Ustaz Nasharuddin semakin kuat selepas beliau dilihat bersama rombongan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ke Mekah tempoh hari. Ustaz Nasharuddin dihina, dicaci serta dilemparkan pelbagai fitnah dan diperlekehkan maruah beliau, oleh penyokong serta pemimpin parti PAS termasuk Nik Aziz sendiri hanya kerana beliau bersama saudara seagama ke Mekah.
Sekumpulan bekas penyokong PAS di Kedah akan mengadakan demonstrasi bagi membantah sebarang keputusan memecat bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
Bekas ahli PAS dari Yan, Abdullah Hashim berkata, demonstrasi itu bagi menyatakan sokongan kepada Nasharuddin yang pernah menjadi ahli Parlimen Yan pada 1999.
Abdullah pernah mengepalai bantahan kenaikan tarif air oleh syarikat milik kerajaan Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) beberapa tahun lalu.
“Kami akan mengatakan sokongan kepada Nasharuddin kerana keberaniannya mempertahankan Islam. Demonstrasi ini akan disertai oleh bekas dan penyokong-penyokong PAS terutama di Yan,” katanya. Nasharuddin dihadapkan ke Majlis Syura 9 September depan ekoran gesaannya supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

“Bagi kita, Nasharuddin adalah seorang pemimpin PAS yang bernai mempertahankan parti itu tetapi malangnya ia tidak disenangi oleh pemimpin lain. “Pemimpin-pemimpin PAS lain pula takut kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Abdullah. Nasib ahli Parlimen Bachok itu mungkin sama seperti bekas Naib Presiden. Datuk Hasan Ali yang dipecat setelah mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali beberapa bulan lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana