Notis asing pasangan perlu disegerakan, kata PAS...Ha Ha Ha Ini Semuanya Mainan PAS Untuk Mengkaburi Mata Orang Melayu


SHAH ALAM: PAS Selangor mahu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menaikkan notis peringatan mengenai garis panduan melarang pasangan bukan muhrim duduk bersama dalam panggung wayang.Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, notis peringatakan itu perlu disegerakan agar arahan berkenaan dapat dilaksankan tidak lama lagi.Katanya, notis peringatan itu perlu dinyatakan secara jelas dan bukan bersifat umum selain diselitkan elemen Islam kerana garis panduan itu hanya akan dikuatkuasa ke atas orang Islam.

"Kita sudah beritahu Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu agar keluarkan peringatan umum, mesti ada elemen Islam."Keputusan akhir bergantung kepada Ronies Liu dan MDKS, harap notis dinaikkan dan dinyatakan jelas bahawa ia hanya untuk orang Islam," katanya kepada Antarapos di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru itu juga berkata, kemungkinan pemantauan akan dilakukan di panggung wayang sekiranya perlu.Tambah Abdul Rani, keputusan PAS Selangor itu akan dibentangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat (Pakatan) negeri pada minggu depan.

Pelaksanaan garis panduan itu dicetuskan MDKS dalam usaha membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja Islam.Bagaimanapun kerajaan negeri Selangor mengumumkan penangguhan pelaksanaan garis panduan tersebut sehingga kajian menyeluruh selesai.Liu berkata arahan penangguhan mengenainya sudah diberikan kepada Yang Dipertua MDKS.

Garis panduan itu mengarahkan pengunjung lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak duduk bersama ketika menonton wayang....Pandailah main wayang tu dekat dekat PRU ni

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana