Memang Terbaik Untuk Rakyat Dengan Ini Rakyat Akan Membalasnya Pada Undi Nanti....Insyallah

Treler Klinik IJN Bantu Rakyat Luar Bandar...
Keprihatinan kerajaan kepada rakyat luar bandar diteruskan lagi bagi meringankan beban dan kos terhadap pesakit jantung di luar bandar. Justeru, klinik bergerak Institut Jantung Negara (IJN) diperkenalkan kerajaan melibatkan kos sebanyak RM2juta mampu membantu pesakit luar bandar yang amat memerlukan perkhidmatan sebegini. Kos rawatan tinggi serta katil pesakit yang tidak mencukupi untuk pesakit di Hospital Institut Jantung Negara (IJN) mahal dapat dikurangkan dengan perkhidmatan IJN bergerak ini.

Penduduk luar bandar boleh menikmati perkhidmatan ini apabila treler IJN yang diubahsuai mempunyai dua bilik utama iaitu bilik pemeriksaan jantung dan ECG dilengkapi mesin pemeriksaan jantung seperti Echo-Cardiography mesin pejalan kaki dan ujian pemeriksaan jantung Elektrokardiogram (ECG). Bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapatkan rawatan dalam jangka masa tertentu, seramai 40 orang kakitangan IJN membabitkan doktor dan paramedik termasuk sukarelawan akan berkhidmat. Dr Mohamed Ezani berkata, pihaknya bercadang menambah dan memperluaskan IJN bergerak ini kepada empat hingga enam keseluruhan negara meliputi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Pihaknya juga berharap ada pihak yang mahu menaja treler dan peralatan berkaitan kerana buat masa ini pihaknya hanya mampu menyewa treler tersebut. Klinik ini sejajar dengan konsep klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana