Ambil Kau...Zulkifli Noordin saman Syed Husin


KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyaman ahli veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr. Syed Husin Ali kerana didakwa memfitnah beliau dalam bukunya yang bertajuk 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali'. Writ saman dan pernyataan tuntutan Zulkifli difailkan menerusi firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat lalu. Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Zulkifli bagaimanapun memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera hari ini, saman baharu yang difailkan itu, masih belum ditetapkan untuk didengar di mahkamah tertentu. Pada 27 Januari lalu, Syed Husin telah menyaman Zulkifli dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu, Datuk Abdul Aziz Ishak untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan memfitnah. Zulkifli dalam pernyataan tuntutan menyatakan Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam buku ahli veteran PKR itu bertajuk "Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali". Beliau menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi keterlaluan daripada Syed Husin selain perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan perkataan-perkataan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana