Bumburing takut kepada BN, kata Abdul Rahman

SHAH ALAM: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar menjelang Pilihan Raya Umum 13.

Abdul Rahman menjelaskan, tindakan Bumburing itu membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang 'gentleman' selain takut dengan parti itu.

"Cuma yang kita kesal, mereka memakan masa untuk keluar dari Umno-BN dan sengaja mengambil keputusan di penghujung, iaitu dekat dengan pilihan raya."Pada saya itu bukan tindakan yang 'gentleman', tapi dalam aspek lain itu menunjukkan mereka sebenarnya takut dengan BN dan cuba untuk buat kejutan sebegini,"Bumburing hari ini mengikuti jejak Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.Beliau melancarkan gagasan yang dinamakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada sebuah majlis di Tuaran hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Bumburing dan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai pencapaian penting kepada hasrat untuk memecah dominasi Umno dan BN di Sabah pada PRU13.

Dalam pada itu, dipetik daripada blog Rahman http://mpkotabelud.blogspot.com/, beliau berkata, berita pengunduran Bumburing sedikit sebanyak 'melegakan' kebanyakan pemimpin BN.Ini kerana katanya, pengunduran Bumburing dipenuhi dengan pelbagai kisah drama dan retorik yang memenatkan.

"Walaupun BN Sabah merasa "sedih" dan "kesal' dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respon yang saya dapati dari kalangan ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan. Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir," katanya.Rahman juga menolak ramalan sesetengah pihak yang mengatakan undi BN-Umno Sabah akan jatuh merundum tanpa Bumburing.

Menurutnya, majoriti pengundi Sabah kini berpandangan jauh dan mereka mengundi bukan kerana individu, tetapi parti."Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti Umno yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana