Sekat tindakan minoriti. ....Kata Tun Mahathir...kerajaan mesti tindakan tegas

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal jika kumpulan majoriti terus berdiam diri dan membiarkan kumpulan minoriti berkuasa secara berdemonstrasi di jalanan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, idea berkonsepkan 'kerajaan rakyat' seperti yang ingin diperkenalkan pembangkang itu juga tidak relevan di negara ini.Tambah beliau, kerajaan yang dibentuk menerusi revolusi rakyat itu bakal menghadapi kesukaran mentadbir negara kerana terlalu banyak suara untuk membuat keputusan. Menurut Dr. Mahathir, suara kumpulan minoriti akhir-akhir ini seolah-olah menjadi isu besar kerana dipopularkan media-media alternatif yang kadang-kala tidak mendapat fakta sebenar namun tetap disebar luas kepada orang ramai.Sebagai contoh kata beliau, kumpulan minoriti itu kini hebat memperjuangkan hak kebebasan dalam banyak perkara termasuk mendesak Malaysia menerima 'hubungan sejenis'."Bukan kita tidak bersikap terbuka, tetapi bayangkan jika hubungan sejenis dibenarkan, apa akan jadi pada generasi masa depan. Mampukah lelaki yang mempunyai hubungan dengan lelaki dan wanita pula dengan wanita melahirkan anak?
"Bukan kita tidak bersikap terbuka, tetapi bayangkan jika hubungan sejenis dibenarkan, apa akan jadi pada generasi masa depan. Mampukah lelaki yang mempunyai hubungan dengan lelaki dan wanita pula dengan wanita melahirkan anak?"Mereka hanya mementingkan kehendak sendiri, tetapi tidak memikirkan negara dan rakyat pada masa akan datang. Ini yang kita katakan diktator, hanya pentingkan diri," katanya.Dalam hubungan itu, beliau menasihatkan rakyat membuat penilaian betul bagi memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang."Kita perlukan kerajaan yang stabil dari segi sosial, ekonomi dan politik. Kita mahukan kerajaan yang kukuh dan mampu menguruskan negara dan rakyat dengan adil dan baik. Kita seperti sudah ada kerajaan begitu, tinggal untuk pilih sahaja," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana