RPK dedah fail sulit SPRM tentang rasuah Azmin...Lagi AZMIN PANASSS Di Buatnya

SHAH ALAM: Penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika beliau merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam penulisan bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) beliau mendedahkan telah memperolehi salinan fail dan dokumen daripada seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah disimpan sejak sekian lama.

"Saya mengambil masa cukup lama untuk membaca kandungan fail tersebut. Ia bukan sahaja menarik malah amat merosakkan reputasi Azmin dan Anwar.

"Intipati keseluruhan cerita ini adalah tentang bagaimana BPR (SPRM) telah mengumpulkan bukti yang cukup untuk menangkap dan mendakwa Azmin Ali dengan tuduhan rasuah melibatkan jutaan ringgit tetapi kemudiannya Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan untuk menutup kes berkenaan," memetik laman blog Malaysia Today.

Antara yang maklumat yang terkandung dalam dokumen berkenaan termasuk dakwaan bahawa Tan Sri Vincent Tan mengajikan Azmin sejumlah RM 15,000 sebulan.

Raja Petra mendakwa Vincent bukan sahaja membiayai kejatuhan negeri Perak kepada Barisan Nasional (BN) malah turut menampung perbelanjaan "pihak pembangkang" yang menurut bekas pegawai SPRM itu masih berlaku sehingga kini.

Selain itu laman blog berkenaan turut mendedahkan pemilikan saham, rumah dan kereta yang berjumlah kira-kira RM1.5 juta, hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek mengalir ke dalam akaun bank Azmin dan Shamsidar Taharin (isteri Azmin).

Katanya kesemua urus niaga telah disahkan dan diperakui oleh bank-bank yang berkenaan.

AZMIN ALI semakin hari semakin tidak keruan jadinya...lepas satu satu masalahnya yang melanda dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana