Lagi Isu Muzakarah: Harussani bidas Nik Aziz...Betul Apa Dikata Oleh Mufti

SHAH ALAM: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria membidas pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi amaran agar tidak mencampuri cadangan muzakarah di antara parti politik PAS dan Umno.
Harussani berkata adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam biarpun tidak menjadi Mufti untuk menyatu padukan orang Melayu beragama Islam kerana ianya adalah tuntutan agama.

"Saya bukan campur urusan politik, cuma saya hendak katakan ini adalah muzakarah tentang perpaduan orang Islam dan Melayu di Malaysia.

"Itu saja yang penting kerana itu adalah agenda Islam, menyuruh kita bersatu padu tetapi nampaknya terlalu payah jadi sebab itu sampai perlu buat muzakarah," Mursyidul Am PAS itu dalam kenyataannya menyifatkan Harussani agar menjauhi urusan politik.

Beliau berkata mufti itu boleh menjadi orang tengah untuk sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak saja.Harussani bagaimanapun berkata beliau tidak menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam isu perpaduan tersebut kecuali jika diminta oleh beberapa pihak"Lagi pun saya tidak menawarkan untuk menjadi orang tengah tetapi saya cakap kepada mereka, kalau diminta, saya bersedia untuk memberi kerjasama," katanya.

Kelmarin,  Harussani menyifatkan PAS sebagai ‘ghulub’(melampau) kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu gagal.Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Nik Aziz sebagai "keras hati" apabila mengulangi pendirian tidak akan melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin PAS itu jelas menggambarkan bahawa parti itu tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana