Zahid Hamidi kepada Nizar Jamaluddin : Kalau nak menang pilihanraya pun bukan cara berbohong


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tuduhan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri adakan pertemuan dengan penglima2 Angkatan Tentera Malaysia minta berbuat sesuatu jika BN kalah PRU13 adalah tidak berasas dan satu pembohongan serta tanpa fakta.Sambil menyifatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mimpi di siang hari, Menteri Pertahanan berkata, "Kalau hendak menang pilihan raya pun, bukan dengan cara berbohong...""Apa yang didakwa Datuk Seri Nizar adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun tak pernah memanggil mana-mana panglima tentera laut, darat, udara dan Panglima Angkatan Tentera kononnya meminta supaya tentera ambil alih....tak pernah timbul langsung...," katanya kepada pemberita di Port Dickson Jumaat.Sementara itu akhbar Jumaat melaporkan Mohammad Nizar mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Perdana Menteri dan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana