Dataran Merdeka kini kawasan larangan dari awal pagi Sabtu hingga 1 Mei


Dari segi undang-undang kawasan Dataran Merdeka kini merupakan kawasan larangan dari awal pagi Sabtu hingga  Selasa 1 Mei ini.Ini ekoran Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan surat perintah melarang sebarang perhimpunan atau orangramai berada di dataran berkenaan.Selain Dataran Merdeka, jalan-jalan menghala ke situ yakni  Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja and Jalan Kelab turut terlibat.Permohonan bagi mendapatkan perintah berkenaan dibuat oleh pihak polis.Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohamad Salleh sesiapa yang ingkar perintah mahkamah akan ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Jenayah yang mebawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua jika disabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana