CERITA SEBENAR.....LEBIH DARIPADA SIFAT BINATANG BERSIH 3.0 MEMUKUL WARTAWAN

Perusuh pukul polis seolah-olah mahu membunuh......

KUALA LUMPUR: Atas dasar kemanusiaan, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh mengetepikan keselamatan diri dan membantu seorang anggota polis yang diserang sekumpulan peserta perhimpunan pada Sabtu lalu.

Akibatnya beliau sendiri menjadi mangsa serangan kumpulan "pengganas" terbabit sehingga terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur dengan 15 jahitan di kepala, selain lebam di beberapa bahagian badan.
Menceritakan pengalamannya kepada Bernama, di sini hari ini, Mohd Azri berkata beliau sedang membuat liputan di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 4 petang apabila melihat peserta perhimpunan membaling pelbagai objek ke arah sebuah kereta polis. "Mereka baling macam-macam termasuk batu menyebabkan kereta terbabas dan langgar tembok Sogo. Mereka kemudian serbu kereta itu dan menyerang anggota polis di dalam kereta berkenaan. "Mereka serang bertubi-tubi. Saya tengok anggota polis itu sudah pengsan jadi saya datang untuk leraikan sebab saya takut mereka akan terus pukul sampai dia mati," katanya.Akibat tindakannya itu, kumpulan perusuh terbabit menyerang dan memukulnya bertalu-talu sekalipun beliau sudah terjatuh termasuk ada yang menggunakan topi keledar.

Mohd Azri berkata beliau akan membuat laporan polis selepas ini dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.Ini kerana katanya, rakaman wajah individu berkenaan berjaya
diperolehnya.Mohd Azri juga berkata kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi liputan terbaik dalam sebarang situasi termasuk ketika keganasan pada hari berkenaan. - BERNAMA

macam mahu membunuh terus....macam sial sikap penyokong pakatan rakyat ini.Tiada ada kemanusian langsung,Habis Suhakam mana...jangan jadi bodoh suhakam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana