Kes biseksual... Gelombang yang bertukar menjadi taufan….


Bagaikan drama bersiri, sidang media kali ketiga Senator Datuk S Nallakarupan semakin padat, mendebarkan dan penuh suspen. Kali pertama Datuk Nalla tampil seorang, kali kedua Sabtu lalu bersama Senator Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari dan Ummi Hafilda.Petang Rabu, di tempat yang sama, Hotel Grand Season Kuala Lumpur jumlah bekas pemimpin PKR yang hadir menyokong pendirian Datuk Nalla semakin ramai.Kali ini ada tiga ahli Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin dan N Gobalakrisnan turut serta, selain bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, bekas ahli pengasas PKR, Ng Lum Yong, Bekas Naib Ketua Pemuda Zahid Md Arip dan ramai lagi. Turut serta dalam sidang akhbar hari ini adalah peguam terkemuka Datuk Seri Shafie Abdullah yang dinamakan sebagai peguam utama Nallakarupan menghadapi saman yang baru difailkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sidang akhbar tersebut turut menarik minat pihak media, di mana lebih 50 kerusi yang disiarkan penuh, dengan wartawan dan jurugambar.Nalla yang memulakan sidang akhbar tepat jam 2.45 petang berkata beliau tahu sebab utama Anwar menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh jadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.“Saya tetap dengan pendirian saya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun,” katanya.Bekas rakan tennis Anwar itu menegaskan bahawa beliau tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu juga seorang biseksual sebagai pemimpin.“Saya mahu perbicaraan (kes saman) dimulakan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.“Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit tersebut. Saya juga akan beritahu hasil yang diperolehi Shamsidar dan Anwar dari perhubungan sulit tersebut,” katanya. Sementara itu, peguam utama Nalla, Datuk Seri Shafie Abdullah,kata  sehingga waktu sidang akhbar itu Nalla belum menerima writ saman tersebut yang difail oleh peguam Anwar di mahkamah pada Isnin lalu.“Sebaik dilantik sebagai peguam kepada Datuk Nalla, saya akan menulis surat kepada firma guaman yang mewakili Anwar, tidak payah susah-susah, mereka boleh terus menyerahkan writ saman tersebut kepada firma saya,”katanya.Beliau menjangkakan paling cepat kes saman tersebut boleh dibicarakan di mahkamah sekitar dua  hingga tiga bulan jika semua pihak memberi kerjasama penuh.Ditanya apakah beliau yakin boleh menang dalam kes ini, dengan bersahaja kata Shafie, berdasarkan bukti-bukti yang ada pada Nalla, beliau yakin boleh menang.Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim, kehadiran beliau bersama teman-teman di dalam sidang akhbar Nalla tersebut sebagaik bukti sokongan terhadap pendedahan Nalla. Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim, kehadiran beliau bersama teman-teman di dalam sidang akhbar Nalla tersebut sebagaik bukti sokongan terhadap pendedahan Nalla.“Kami akan turun padang bersama-sama selepas ini untuk menyelaskan kepada rakyat,” kata beliau yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang keluar parti dua tahun lalu.Ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin pula berkata, sebagai bekas peguam Anwar dalam kes liwat pertama, beliau merupakan peguam penghubung antara Anwar dan  Nalla.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana