HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI....BUSUK NAMA KERAJAAN SAJA

Empat penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Baharu, P.Ramesh, 44, Saberi Mohd Zain, 34, Nik Sarulazizie Nik Mohamed, 36 dan Mohd Armey Zahari, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, Selasa atas dakwaan meminta rasuah bayaran bulanan daripada seorang pengusaha gas, tahun lepas. Keempat-empat mereka didakwa dengan niat bersama meminta rasuah bayaran bulanan daripada Heng Kok Liang, 38, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Heng, yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram. Mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit di Restoran Singgah Selalu, L2, Plaza Kotaraya, di sini, kira-kira pukul 4 petang, 2 Ogos tahun lepas.

Comments

Aliffnajmi said…
Bukan salah kerajaan. Bangsat2 mcm ni akan tetap mkn duit haram x kira siapa yg jadi kerajaan, baik BN mahupun PR. Lagi pun bukan semua penjawat awam itu pro BN.
zgmail said…
setuju dgn pandangan Aliffnajmi..dalam pentadbiran kerajaan bukan semua pro BN

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana