HAPUSKAN PTPTN TIDAK MASUK AKAL....BUKAN ITU SAJA TOL DAN PELBAGAI LAGI

Pembangkang terutamanya Pas menggunakan golongan muda untuk kepentingan politik mereka dan mengambil kesempatan di atas beban hutangan pinjaman mereka cukup dikesali. Langkah memanjakan golongan muda itu bukan hanya akan merosakkan masa depan mereka untuk menjadi lebih bertanggungjawab tetapi juga menjadikan mereka ini tidak mampu untuk berdikari apabila berdepan dengan situasi kehidupan yang lebih mencabar dalam realiti kehidupan sebenar.Janji pembangkang untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menggantikannya dengan pendidikan percuma kepada semua rakyat yang masuk ke universiti sekiranya pakatan pembangkang menguasai Putrajaya, bukan sahaja tidak masuk akal malah boleh memberi implikasi buruk kepada ekonomi negara dan masa depan golongan muda.

Lihat sahaja apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan pembangkang di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang serta masalah rakyat yang tidak ada penghujungnya di Kelantan. Banyak janji-janji yang ditabur ketika pilihan raya umum lalu nyata gagal dilaksanakan.Kepada golongan pelajar, berusahalah untuk menjadi golongan yang lebih bertanggungjawab dan jangan menjadikan soal beban hutang pinjaman pelajaran sebagai alasan. Jika mereka menganggap pinjaman PTPTN sebagai satu beban, mereka boleh mencari alternatif lain kerana masih ramai yang berharap dan benar-benar memerlukannya.   

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana