Wartawan Pun satu...Tanya Kepada PM Video Seks Kedua: Najib �tidak tahu�

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai  video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media selepas  mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam tadi, Najib  berkata perkara itu sepatutnya diajukan  kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.
"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," kata beliau."Saya tak tahu. Saya tak ada maklumat... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," tambah Najib. Semalam, 'Datuk Shuib Lazim tampil mendakwa wujud satu lagi video seks yang dikaitkan dengan Anwar dan di rakam di Thailand pada Januari tahun lalu.Shuib, seorang daripada gandingan Datuk T, mencabar Anwar menyaman beliau dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik jika mempunyai bukti forensik bahawa pelaku dalam video seks yang mereka dedahkan sebelum ini bukan Ketua Pembangkang itu.Shuib mendakwa  beliau sendiri telah menonton rakaman video kedua yang diberikan oleh  Eskay.Peguam Anwar, N. Surendran berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu tidak berhasrat menyahut cabaran Shuib kerana menyifatkan gandingan Datuk T sebagai pemfitnah dan tanpa kredibiliti yang cuba mencari modal politik baru untuk Umno.    

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana