Ke Tahap Gila Ni... Kempen Seks Cara Rasulullah Dihentikan Segera Kata Mashitah

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berharap kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" anjuran Kelab Taat Suami dihentikan segera kerana ia jelas menghina Nabi Muhammad SAW.Mashitah berkata, terdapat banyak aspek ketokohan lain yang terdapat dalam diri Rasulullah yang boleh diketengahkan berbanding melihat baginda sebagai seorang 'tokoh seks'."Tiba-tiba kenapa sudut ini (seks) yang menjadi fokus mereka?. Ini satu penghinaan dan kempen ini perlu dihentikan segera,", istilah 'Tokoh Seks Suci Islam' adalah tidak wajar, malah tidak sesuai digunakan kerana ianya hanya mengundang reaksi negatif di kalangan masyarakat.Kelab Taat Suami yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana menerbitkan buku panduan seks telah melancarkan Kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam", di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara. 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL