Bukti Anwar lidah bercabang...Memang Bercabang Pun


Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu."Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis."Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana