SI KHALID GAGAP MUNGKIRI JANJI PADA PENDUDUK...NAYAAAA

Ratusan penduduk Taman Bukit Segar dan Cheras Hartamas hampa apabila wakil Menteri Besar Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) gagal hadir pada dialog untuk menjelaskan tindakan kerajaan negeri meluluskan projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Mahkota Cheras.

Dialog di Bukit Segar Jaya, Cheras itu hanya dihadiri oleh wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Segar Jaya 2 & 3, Datuk Eadon Ching berkata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelumnya berjanji untuk mendengar keluhan rakyat tidak memberi sebarang alasan untuk memulau majlis dialog itu.

"Sepatutunya Tan Sri Khalid harus mendengar pandangan daripada pakar perunding bebas yang dilantik kami. Beliau juga boleh menolong kami dengan melantik perunding sendiri. Jika projek ini diteruskan, penduduk di sini, termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak akan merana," kata beliau.

Penduduk berkenaan dan kawasan sekitarnya membantah jaringan asal projek bernilai RM91 juta itu kerana risau akan terdedah kepada ruang elektrik dan magnetik (EMF) serta mengganggu kestabilan cerun di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa Khalid tidak turun padang mendengar keluhan mereka sebelum memberikan kelulusan kepada TNB untuk meneruskan projek berkenaan.

Menteri Besar itu bagaimanapun berjanji untuk turun ke padang mendapatkan maklum balas setelah penduduk terbabit menghantar nota bantahan rasmi ke pejabatnya pada minggu lalu.

Ching menyifatkan sebagai 'lucu' alasan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri bercuti ke luar negara dan tidak dapat menghadiri majlis dialog itu.

Ching menjelaskan apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan, pihak yang bertanggungjawab hanya memandang ringan masalah yang berlaku.

"Pegawai (Khalid) ada balas melalui pesanan ringkas dan beritahu semua kakitangan kanan sudah pergi ke overseas bercuti. TNB sebagai GLC sangat lucu, kenapa tak boleh hantar wakil? Semua ini tidak adil," kata beliau.

Ching berkata Khalid tidak berlaku adil kepada penduduk di Cheras kerana enggan melantik perunding bebas untuk menasihati kerajaan negeri sebagai yang dilakukan untuk penduduk Kampong Sungei Terentang di Rawang yang terbabit dalam projek seumpama itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Ampang Jaya (MPAJ), Sian Keng Eng juga kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri memberi kelulusan kepada TNB dan meminta agar rangkaian lain di cari untuk projek TNB itu.

"TNB tak hadir kami semua rasa kecewa, kerana sepatutnya hari ini mereka perlu menjelaskan kepada penduduk dengan itu penduduk faham dan boleh terima dan masalah selesai. Tetapi mereka lebih suka bercuti, tak dengar suara rakyat," kata beliau.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar nota bantahan terhadap sikap TNB itu selain memastikan syarikat itu hadir pada dialog seterusnya.

Walaupun Khalid dan wakil TNB tidak hadir, dialog itu diteruskan untuk memberi ruang kepada penduduk dan wakil MPAJ meluahkan bantahan terhadap projek berkenaan.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang seorang ahli majlis MPAJ bertikam lidah dengan wakil Ahli Parlimen Pandan Ong Tee Keat.

"Selepas ini kami akan menjemput TNB lagi. sebelum ini 4 buah bas pergi TNB, dan selepas ini mungkin 10 bas akan pergi TNB untuk jemput mereka. saya rasa di Malaysia tak yang ada buat begini, penduduk yang menjemput. Kamu bukan nak bantah tetapi ini mengenai keselamatan nyawa," katanya.

Dua minggu lalu, TNB mengumumkan meneruskan projek pembinaan menara ke pencawang masuk utama (PMU) di Taman Mahkota Cheras setelah mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Khalid.

ADUN Teratai, Janice Lee memberitahu antarapos.com bahawa beliau tidak hadir pada majlis berkenaan kerana tidak dijemput oleh penduduk berkenaan.

"Mereka tidak pernah jemput saya. Tidak ada SMS, surat atau email. Tidak ada. Ini penipuan besar, program ini agenda beritahu saya tidak hadir itu tidak adil. Ini agenda politik kerana pejabat saya buka sehingga 22 Disember, dan saya ada sehingga waktu malam. Tetapi jika mereka hantar surat pada 25 Disember dan minta saya datang 26 haribulan tak adil untuk saya," katanya.

Beliau juga menjelaskan pihak TNB sebelum ini menetapkan satu tarikh untuk sesi dialog tersebut, namun ditolak penduduk. TNB kemudiannya menetapkan Januari depan untuk sesi dialog seterusnya bersama penduduk.

Janice turut mendakwa Pengerusi Penduduk Taman Bukit Segar Datuk Eadon Ching, mengugut TNB untuk hadir dalam majlis dialog berkenaan.

"Memang ada ugutan. Datuk Eadon Ching ugut TNB. Dia (Datuk Eadon) kata mesti hadir, tak kira hujan atau tidak. Jika tidak hadir akan bawa ramai orang untuk demonstrasi lagi. Itu unsur ugutan," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana