Padahnya Berani Buat Sendiri Tanggunglah:Isteri Curang Merayu Kepada Pencegah Maksiat

IBU kepada tiga orang anak telah ditangkap berkalwat dengan teman suaminya di sebuah motel di Pulau Pinang. Ketika ditangkap, dia merayu kepada pegawai pencegah maksiat supaya tidak menghubungi suaminya.
Dia memberitahu seorang pegawai agama bahawa dia lebih rela dikurung dalam penjara daripada suaminya mengetahui tentang kejadian itu.
“Saya tidak mahu suami saya mengetahui perkara ini. Dia akan sangat kecewa dengan saya, “kata wanita yang namanya tidak disiarkan.
Wanita itu telah telah berkahwin selama 29 tahun.
Sinar Harian melaporkan bahawa wanita dan kekasihnya berusia 45 tahun telah ditangkap oleh Pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dalam satu serbuan di sebuah motel pada hari Khamis lalu.
Wanita itu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah rumahtangga dengan suaminya dan mendakwa bahawa ini merupakan kali pertama dia dan lelaki itu bertemu.
Kekasihnya, yang juga sudah berkahwin, mengakui bahawa dia kenal suami wanita itu, yang merupakan teman sekerjanya.
“Saya kenal dengan suaminya sebelum saya bertemu dengan dia semenjak tahun lalu, tetapi ini adalah kali pertama saya mengajaknya tidur bersama saya di motel ini,” akui lelaki itu kepada pegawai ketua operasi jabatan dan penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.
Lelaki itu juga memberitahu pegawai itu bahawa isterinya berusia 25 tahun itu kini sedang mengandung lapan bulan.
Tujuh yang lain juga ditangkap ketika serbuan itu dilakukan di motel murah yang menawarkan sewa bilik Rm40 semalam dalam keadaan mencurigakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana