Akbar Harakah "Pilih Kasih Atau Pilih Bulu"

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menolak dakwaan bahawa beliau bersekongkol dengan media 'musuh' atau milikan UMNO dan menegur akhbar rasmi parti itu Harakah kerana meminggirkan pemimpin tertentu, termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din.
Hasan menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pemimpin Pas apabila memberikan wawancara kepada media arus perdana, termasuk Utusan Malaysia dan Tv3, berhubung isu penyatuan orang Melayu berlandaskan ajaran Islam.
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kelmarin meminta Hasan berhenti melayan apa yang beliau sifatkan sebagai media musuh, khususnya bersabit isu-isu dalaman parti.

"Bagi saya, tak ada yang dinamakan media UMNO. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk Kerajaan. Dan UMNO sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media UMNO. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.," kata Hasan pada sidang media khas di rumahnya hari ini.

"Bagi saya, (apa yang penting ialah)  siapa yang dapat menyebar dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini," tambah beliau.
 
Menurut Hasan, media massa perdana nampak lebih mudah memberikan liputan kepada beliau dan pemimpin tertentu Pas berbanding Harakah yang dimiliki sepenuhnya oleh parti itu.
 
Sebagai contoh, Harakah enggan menyiarkan artikel wawancara akhbar itu dengan Timbalan Mursyidul Am Pas sendiri, Datuk Harun Din mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap premis milik Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu, kemungkinan kerana campurtangan "pihak atasan", kata Hasan.

"Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din ada panggil pemberita untuk beri pandangan mengenai isu DUMC. Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Harun Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hassan Ali?," kata beliau.
 
Justeru beliau mencadangkan agar peneraju Harakah berubah kerana mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang diberikan.

"Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama (yang) sesetengahnya telah memimpin Pas selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan keadaan ini perlu (berubah)," kata beliau

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana