PAS Berani Dengan UMNO Sahaja Dengan DAP Allah Saja Yang Tahu?

1 M cukup hairan dimainkan oleh PAS tentang Isu Isu Hudud baru baru ini.Bila dikampung dilaungkan ceramah ceramahnya yang mengatakan UMNO yang menolaknya mentah mentah Hukum Hudud ini.Tetapi apabila di Mesyuarat Pakatan Hanya Diam seribu bahasa.Orang kampung percayai lah bulat bulat yang dilaungkan oleh PAS.Apabila Utusan,Blogger Pro Kerajaan dan TV3 melaporkan kepada Rakyat,Ini hanya Mainan dan Sandiwara UMNO sahaja.Puak puak PAS ni tengok dan renunglah..selagi PAS bersama dengan DAP dan PKR jangan haraplah untuk menubuhkan hukum Hudud ini.1 M bukan menentang hukum Allah ini.tapi Puak PAS buat buat Pekak dan Tuli jer perkara ni.1 M tengok KJ Balun Anuar di Parlimen semasa bahas tentang Bajet Pembangkang..KJ memang hebattttttt...Syabas.

  Seperti dijangka Pas tidak mampu berbuat apa-apa bila berdepan dengan DAP.  Ternyata apa yang dilaungkan serta apa jua amaran yang kononnya diberikan Pas tidak ubah seperti harimau dicabut gigi.
Dan mesyuarat sulit yang dikatakan menjadi platform untuk mencapai persetujuan bersama itu rupa-rupanya telah dihadiri pimpinan tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan selain pemimpin PKR yang mungkin sekadar pemerhati bebas.
Ketika mengesahkan pertemuan pada Isnin itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan  berkata keputusan mesyuarat itu berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Lim berkata, Pakatan Rakyat akan hanya melaksanakan dasar-dasar yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.
Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.
Mereka termasuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali, Penasihat DAP,  Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas,  Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali.

RENUNG RENUNGLAH SEMUA PUAK PR YANG BELUM TERSEDAR DARI TIDUR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana