KAUM INDIA SOKONGAN KEPADA BN MENINGKAT

Strategi MIC Negeri Sembilan pada pilihan raya umum akan datang adalah berusaha untuk memenangi semula kerusi tewas bagi Parlimen Teluk Kemang, Rasah dan Seremban.
Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, parti itu juga mahu memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri Paroi, Repah, Port Dickson, Ampangan, Sikamat, Nilai dan Chuah.
Selain itu, katanya, MIC juga akan memastikan kerusi yang mana peranan para pengundi keturunan India adalah penting terus kekal dikuasai BN.
“Sokongan para pengundi India sedang menunjukkan trend beralih arah.
“Ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil di Tenang dan Merlimau yang mana ia telah meningkat masing-masing kepada 70 peratus dan 80 peratus,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Menurutnya, MIC telah menetapkan sasaran 65 peratus sokongan masyarakat India kepada BN di peringkat kebangsaan dan ia akan dapat dicapai dengan kerja keras oleh semua ahli dan pemimpin parti itu.
“Saya yakin masyarakat India akan membalas balik usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka,

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana