AZIZ BARI SENDIRI MAU INGATLAH

Jangan kita ingat apabila  seseorang merasa dirinya hebat dan berpengalaman dalam sesuatu bidang boleh buat apa saja.Sebelum ni 1 M merasakan Aziz Bari telah banyak mengeluarkan kenyataan memihak kepada pihak pembangkang apabila sesuatu dibangkitkan oleh beliau.Sedangkan beliau berkerja dengan UIA Malaysia bukan nya kerja sendiri boleh keluar kenyataan sesuka hatinya.Apa kata Aziz Bari resign dari UIA masuk politik,barulah betul.Pihak Universiti ada undang undang sendiri.Janganlah pihak lain nak pertikaikannya.sendiri buat sendiri tanggung...rasakan.Orang macam ni dalam Universiti atau pejabat kerajaan memang banyak.Inilah yang kata gunting dalam lipatan.sepatutnya bersyukur kerana adanya kerajaan kita sekarang.

Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memberi peluang kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini.
Menurut kenyataan Pejabat Perhubungan Awam UIAM Khamis, pihak sekretariat lembaga itu akan menilai secara terperinci sama ada kenyataan Abdul Aziz, yang merupakan ahli akademik dan pensyarah universiti berkenaan, bercanggah dengan mana-mana peraturan universiti ataupun sebaliknya.
"Pihak sekretariat sedang mengumpul maklumat lengkap mengenai isu yang dikaitkan dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari," katanya.
Sebuah portal berita baru-baru ini menyiarkan kenyataan Abdul Aziz yang mempertikai tindakan Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja.
Kenyataan itu mendapat kritikan pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan keengganan Abdul Aziz meminta maaf kepada Sultan Selangor sebagai 'kurang ajar'.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana