68 penyokong PAS Padang Terap sertai UMNO

Seramai 68 pemuda penyokong setia PAS Padang Terap di Kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka, dekat sini, menyertai UMNO selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
Seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai UMNO kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan PAS sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.
"Saya sertai UMNO disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam tadi.
Majlis penyerahan borang keahlian UMNO diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim.
Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai UMNO disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekali gus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar.
Sementara itu, Mahdzir berkata ini adalah satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan UMNO dapat diterima semua lapisan masyarakat.
Katanya, Kerajaan Pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.
"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana