Hudud belum sesuai dilaksanakan: Dr Asri

Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak
kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak
melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin.
Katanya, jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan
ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan
kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun
dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di
sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang
Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan
yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan
sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti
memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum
undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.
"Keadaan yang ada di negara
kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud,
dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya.
Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan,
suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam
Islam.
Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan
keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah
perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.
Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila
syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.
Beliau berkata,
kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan
hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang
dipelihara

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana