BN Perak mahu wakil rakyat yang tidak dicalon terima dengan terbuka

Bagilah yang lain pulak,Jangan ada hasad dengki dan Jas keting.


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan
raya umum akan datang diminta menerima perkara itu dengan hari terbuka demi masa
depan parti, kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menteri Besar Perak itu berkata, mereka mesti menghormati ketetapan yang
dibuat pucuk pimpinan mengenai kriteria calon yang bertanding adalah yang
disukai, boleh menang dan mendapat sokongan pengundi di kawasan itu.
Saya minta mereka pandang semula ke belakang dan lihat bagaimana orang
lain membantu mereka untuk menang sebelum ini dan janganlah ada sikap iri hati.
"Sebelum mereka menang dan menjadi wakil rakyat mereka ini disokong dan
dibantu orang lain dan saya harap tidak berlaku perkara sabotaj," katanya kepada
pemberita selepas mempengerusi mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini, hari
ini.
Dr Zambry berkata, semua bekas wakil rakyat perlu mengambil
pendekatan itu dan bekerjasama membantu calon baru untuk menang pada pilihan
raya.
"Kita mahu bekas calon dan calon baru saling bantu membantu demi
masa depan parti...Kita sudah kenalpasti beberapa calon di peringkat kawasan dan
ada beberapa tempat lain dari segi kesesuaian," katanya.
Dalam perkembangan
lain, Dr Zambry menolak kenyataan yang disebarkan pembangkang mendakwa pihaknya
mempunyai masalah dalam pembahagian kerusi bagi pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, BN mempunyai formula tersendiri dan pembahagian kerusi
adalah melalui musyawarah dan persetujuan semua parti komponen.
Dalam konteks kita, BN mempunyai persefahaman dari soal kuota dan di mana tempat
bertanding," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana