20 anggota PAS Permatang Pasir di Bandar Baharu keluar parti

Seramai 20 anggota PAS ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu, di sini, semalam.
Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada PAS Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.
Saridan berkata, kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.

Beliau mendakwa anggota PAS di Bandar Baharu bagaikan 'anak ayam kehilangan ibu' berikutan pimpinan Pas Bandar Baharu dan Parlimen Kulim/Bandar Baharu tidak sehaluan dengan mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diwakili PAS pula sukar ditemui.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu menjelaskan bahawa UMNO Bahagian kini semakin banyak menerima penyertaan anggota baru dan sentiasa mengalu-alukan kalangan masyarakat tempatan khususnya dari kalangan belia lelaki atau wanita menyertai parti itu.

"Sehingga ini kami menerima lebih 1,000 anggota baru dan saya menyanjung tinggi usaha dan kerja keras dijalankan semua sayap parti khususnya Ketua Pemuda Bahagian dalam usaha menambahkan anggota baru

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana