Serbuan: PAS belum buat pendirian selepas mesyuarat lebih empat jam Ahad



PAS belum membuat sebarang pendirian rasmi berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis di sebuah gereja di Damansara Utama Rabu lalu yang mencetuskan  kontroversi.
Ini kerana Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan pemeriksaan tersebut manakala ada pemimpin PAS lain di negeri itu mempertikai tindakan tersebut.
Malah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa keluar arahan minta semua anggota Exco tutup mulut dan tidak membuat komen berhubung kejadian itu.
Isu ini menyebabkan ada pihak menduga Dr Hasan mungkin ‘kena gulai’ dalam mesyuarat  Jawatankuasa PAS Pusat  di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur selama lebih empat jam bermula jam 10.15 pagi Ahad kerana pendirian beliau dilihat tidak selari dengan beberapa pemimpin kerajaan negeri.
Mesyuarat itu  juga menjangkakan PAS membuat pendirian ekoran insiden itu setelah mendengar penjelasan Dr Hasan.
Menariknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat kenyataan pada Mingguan Malaysia  sedia kena pecat jika keputusannya menyokong serbuan oleh JAIS dipertikai  partinya.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul  Hadi Awang memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu,PAS hendak menemui JAIS dan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bagi mendengar penjelasan mereka dulu sebelum merumuskan pendirian parti.
Katanya setakat ini tidak timbul soal PAS sokong atau tidak sokong mana-mana pihak.
Hadi memberi alasan untuk berlaku adil kepada semua pihak, pertemuan yang akan diatur Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Alio kelak akan memberi peluang pihak terbabit membuat penjelasan.
Dr Hasan yang juga seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PAS tidak hadir semasa sidang akhbar berkenaan
Beliau meninggalkan mesyuarat itu lebih awal pada jam 2.40 petang.Mesyuarat itu bermula jam 10.15 pagi.Beliau enggan mengulas apa-apa mengenainya semasa dikejar wartawan ketika meninggalkan mesyuarat melalui pintu belakang bangunan PAS di Jalan Raja Laut.
Katanya, ini selaras arahan Menteri Besar supaya semua Exco tutup mulut dalam isu itu.
Mengenai pendirian terhadap Dr Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS membuat serbuan di gereja  itu kerana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang Islam ,Haji Hadi berkata tiada ketetapan diambil.
Katanya mereka cuma mendengar penjelasan yang diberi Dr Hasan dan semua setuju dengan keputusan berjumpa JAIS dan pihak gereja terbabit.
“Kita dengar banyak laporan. Laporan media pun tak cukup, Jadi kita turun ke medan berjumpa terus JAIS dan gereja. Kita akan berhubung dan cari tarikh sesuai,” katanya.

Beliau menolak dakwaan PAS tidak puashati dengan penjelasan Dr Hasan dan memerlukan perjumpaan dengan dua pihak yang terbabit isu itu.
Menjawab soalan, Hadi kata tidak timbul soal tindakan terhadap Dr Hasan dan beliau kekal sebagai Exco mewakili PAS.
Bagaimanapun katanya, bagi pihak kerajaan negeri terpulang kepada Khalid untuk membawa perkara itu kepada Sultan Selangor.
Sementara itu sekalipun satu dunia tahu isu serbuan keatas gereja itu adalah soal rumahtangga kerajaan pakatan pembangkang sendiri,namun Hadi selamba saja kata dalam sidang akhbar itu ia sengaja diperbesarkan untuk menutup isu warganegara asing yang jadi pengundi.
“Isu ini sengaja dijadikan Barisan Nasional untuk tutup isu pilihanraya bersih,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana