Seramai 45 NGO Islam pertahankan Jais...dakwa ada bukti tindakan berasas

Gabungan 45 NGO Islam Selangor Isnin ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.
Menurut jurucakap gabungan NGO tersebut, Dr Dzulkhairi Husain, pihaknya mempunyai cukup bukti berlaku kegiatan meragukan di gereja berkenaan pada waktu itu dan pemeriksaan Jais mempunyai asas.
"Kami telah memeriksa perkara ini dengan Jais, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan Jais semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam,"kata beliau dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam.
Mereka juga melahirkan kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang 'apologetik' dan tidak mempertahankan Jais dalam isu ini.
"Kami minta kerajaan negeri Selangor tidak bertindak luar dari bidang kuasanya.
"MB seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan MB tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan," katanya.
Mereka sebelum itu menyerahkan memorandum lima muka surat kepada Sultan Selangor yang diterima oleh Setiausaha Sulitnya di Istana Bukit Kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana