PAS Pusat bincang isu JAIS serbu gereja DUMC esok


Adakah sampai bergitu sekali PAS kerana takut berhadapan dengan puak puak DAP dan PKR untuk memperolehi undi bukan melayu.mahu jaga undilah ni....boleh Blaaaaaaaaaaa lah

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.
"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mendapat penjelasan daripada PAS Selangor," katanya ketika dihubungi, hari ini. Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat PAS di sini jam 10 pagi.

Dr Hasan, Exco Hal Ehwal Islam Negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu. - BERNAMA

  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana