Khalid Samad buat spekulasi, serbuan JAIS untuk alih isu Bersih….


Tak sudah-sudah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ini bikin panas. Mengingati balik, dialah orang yang mula-mula ‘bertempik’ marah kat Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali bila JAIS periksa gereja di Petaling Jaya 3 Ogos lalu.
Sampaikan minta, Hasan Ali jawab pada Dewan Harian PAS Selangor, kenapa serbu rumah ibadat bukan Islam.
Khalid memang terkenal lantang dalam kes-kes melibatkan ‘hubungan antara agama’ ini.
Hinggakan, ahli parlimen Shah Alam ini, dalam tulisan terbaru di blognya, buat spekulasi bahawa serbuan JAIS itu adalah untuk bagi peluru pada BN dan sekaligus alih isu Bersih.
 “Apakah matlamat serbuan dan adakah matlamat itu hanya mampu tercapai melalui serbuan?,” soal Khalid dalam tulisan bertajuk Serbuan Gereja Damansara Utama di www.khalidsamad.com.
Katanya lagi, sekiranya 12 orang Islam yang hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan agama Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya.
“Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya di dampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu,” hujah beliau.
Dalam pemeriksaan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) terdapat 100 individu dengan satu perlima beragama Islam menghadiri majlis makan malam Thanksgiving.
Terdapat sembilan wanita, tiga lelaki dan lapan kanak-kanak Islam di dalam gereja tersebut.
Menerangkan lebih lanjut, Khalid berkata, kalau dalam 12 (orang ini)  ini pula ada yang sanggup berkerjasama dan melalui maklumat dari mereka, pihak gereja boleh ditemui kemudiannya untuk berbincang dan dinasihati.
“Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang,”
Tetapi, kata beliau, sekira matlamatnya adalah untuk menghasilkan isu yang mana MCA boleh membantai PR Selangor ‘yang ditunggang PAS’ sehingga JAIS menyerbu gereja, maka serbuan itu adalah 'wajar'.
“Sekira matlamatnya juga adalah untuk menghasilkan isu agar UMNO pula boleh serang PR Selangor ‘yang ditunggang DAP’ sehingga adanya kes memurtadkan ummat Islam, maka serbuan itu adalah 'wajar'.”
“Begitulah juga sekiranya serbuan itu bertujuan untuk mengalihkan isu piliharaya BERSIH, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka serbuan tersebut juga adalah 'wajar'. “
“Tetapi sekiranya serbuan tersebut bertujuan untuk menangani masalah murtad dikalangan umat Islam, maka saya kira terdapat banyak cara lain yang jauh lebih baik lagi berhemah,” tulis Khalid.
Beliau turut mengaitkan kes pemeriksaan gereja ini dengan kes melibatkan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.
Jelas beliau, “pengalaman kita dengan serbuan Pegawai Penguatkuasa JAIS selama ini semuanya kurang manis.
“Ustadz terpaksa melarikan diri dengan kehadiran pegawai penguatkuasa yang tiba dengan bengis dan garang. Kadangkala dalam keghairahan mereka hendak menangkap ustadz, kasut pun tidak dibuka semasa memasuki masjid/surau.
“Peristiwa yang melibatkan Dr. Asri, mantan Mufti Perlis masih segar diingatan. Lengkap bersenjata bagaikan ingin menahan seorang pengganas.,” tulisnya.
Dalam entri yang sama, Khalid menyatakan, “soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius. Ianya boleh menghasilkan satu imej yang buruk terhadap Islam apabila ianya dilakukan atas nama agama Islam.”
Menurutnya serbuan ke atas rumah ibadat, akan memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam.
“Tindakan yang sebegini ini perlu diluluskan oleh pihak atasan samada Pengarah atau Exco-Kerajaan Negeri yang berkaitan setelah mengambil-kira ketepatan maklumat yang diterima serta kewajaran tindakan tersebut,” katanya.
Untuk rekod, Dr Hasan Ali sudah mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa tidak berlaku serbuan sebaliknya hanya pemeriksaan.
JAIS dan polis menunggu selama 20 ke 25 minit sebelum di benarkan masuk, dan ada peserta yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang pun begitu tiada siapa yang ditangkap, hanya diambil butiran diri sahaja bagi individu beragama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana