JAIS Serbu Gereja, Pas Selangor Bercelaru… Serang Satu Sama Lain



KUALA LUMPUR 5 Ogos – Percangahan kenyataan antara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dengan Exco Selangor, Datuk Hasan Ali membuktikan terdapatnya kecelaruan kepimpinan di kalangan pemimpin Pas Selangor.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata kenyataan Khalid bahawa pandangan Hasan Ali adalah mewakili kerajaan negeri bukannya pandangan Pas negeri adalah suatu yang menjengkelkan.
“Apakah Khalid perasan atau sengaja buat-buat tak perasan siapa Hasan Ali, apakah dia tidak menyedari bahawa jawatan yang disandang oleh Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri atas kapasiti mewakili Pas dan bukannya dirinya sendiri.
“Jelaslah, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa Pas di Selangor kini sudah mempunyai puak-puak tertentu yang mempunyai cara dan gerakan sendiri tetapi mempunyai mimpi yang sama iaitu untuk menumpaskan UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam mengenai pandangan Hasan Ali berhubung serbuan JAIS ke atas serbuah gereja berdasarkan aduan orang ramai berikutan adanya aktiviti keagamaan yang meragukan.
Budiman berkata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa Khalid sanggup bertindak mengenepikan kepentingan agama hanya untuk mempertahankan kepentingan politik dan menyanggah tindakan yang dilakukan oleh Hasan Ali.
“Inilah wajah-wajah pemimpin Pas, sanggup mempertahan perbuatan mereka-mereka yang mencemarkan kesucian Islam dan membidas usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa sehingga menyanggah pandangan dari rakan separti,” katanya.
Menurutnya, adakah pemimpin sebegini harus dibiarkan yang dilihat sanggup menjual beli perkara-perkara membabitkan agama hanya untuk memastikan dirinay terus popular dan mendapat sokongan daripada mereka yang bukan beragama Islam.
Beliau berkata, ini bukanlah pertama kali Khalid membuat perkara sedemikian yang berpihak kepada bukan Islam yang membabitkan isu mengenai agama seperti penggunaan kalimah oleh masyarakat bukan Islam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana