Isu Serbu Gereja : Hassan Ali Tunggu Masa Disepak Keluar Dari Jawatan Exco

Inilah jadinya apabila bergabung parti DAP dan PKR.lebih lebih lagi puak puak yang pro Anuar didalam PAS.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Bekas pemimpin pembangkang, Zulkifli Noordin percaya isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lepas akan digunakan pihak-pihak tertentu dalam pakatan pembangkang untuk menyingkirkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Intrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hassan Mohd Ali.
Sambil melahirkan rasa simpati terhadap Hassan Ali yang dulunya dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai Pas pada tahun 1998, beliau yakin Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian.
“Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena bermaaf-maafan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak maaf, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak.
“Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!”, katanya dalam entri terbaru dalam blognya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru seterusnya turut mengimbas bagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran.
“Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam Pas pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali.
“Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam bermaaf-maafan dengan kafir harbi Ronnie Liu”, ujarnya.
Katannya lagi benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, “kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma’ruf”. Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, “kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar”.
Justeru beliau berkata sudah tiba masanya untuk Datuk Hassan Ali memikirkan untuk berhijrah.
“Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda Pas sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri.
“YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!”, katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana