Ayam Sabung Pas Hilang Taji Berdepan Isu Murtad

Pada ketika ramai ayam sabung Pas hilang taji, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad bersyukur kerana masih terdapat dikalangan pimpinan Pas hari ini  yang masih lagi sedia mempertahankan agama Islam.
Menurut beliau keberanian Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi sewajarnya  perlu diikuti oleh kepimpinan yang lain khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Islam terpelihara dan terjaga di negara ini.
“Namun pada masa yang sama saya cukup sedih dan kecewa  terhadap beberapa kerat kepimpinan Pas lain khususnya Datuk Seri Adbul Hadi Awang yang masih  berkiblatkan kepada kuasa dan kepentingan pihak lain khususnya sekutu mereka di dalam gabungan pembangkang.
“Hakikat berkenaan tidak dapat diasngkal lagi oleh mana-mana pemimpin Pas kerana sudah terang lagi bersuluh bagaimana sikap dan hipokritnya pemimpin Pas dalam mempertahankan agama Islam. Tengok apa yang berlaku di Selangor.
“Di manakah suara lantang pemimpin Pas khususnya mereka yang sebelum kuat menghentam kerajaan seperti Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin dan panglima mereka yang lain. Saya “respect” Nasaruddin kerana cukup berani dan tidak sepertimana ayam sabung  Pas yang lain,
Akhbar hari ini melaporkan Nasaruddin sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.
Nasarudin juga tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, apabila terus berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.
Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.
Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya menambah, Pas semakin hari semakin kemaruk dan mabuk dengan kuasa yang ada selain dengan pebagai janji manis yang ditabur oleh rakan-rakannya di dalam pakatan pembangkang.
“Kerana mabuk kuasa itulah dan kerana meraikan sekutu kuffarnya (DAP) di dalam pembangkang, Pas hari ini tidak lagi seperti dahulu. Bak kata pepatah umpama sampan yang tidak ada pendayung yang hanya hanyut mengikut arus sungai.
“Justeru bagi saya, Pas tidak lagi boleh diharapkan sebagai benteng kepada aumat Islam tetapi telah bertukar wajah kepada benteng DAP dan PKR di dalam pakatan pembangkang

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana