PM bersama Rakyat di Subang

altKerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh melakukan sesuatu untuk mendapat populariti dalam jangkamasa pendek yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita. Sebaliknya semua perancangan dan transformasi yang dilaksanakan berdasarkan pertimbangan jangka masa pendek dan panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata, sebagai pemimpin, beliau tidak boleh berdiri di atas platform mendapatkan populariti semata-mata tetapi mesti juga membuat perancangan untuk menentukan masa depan negara tidak terjejas.

“Saya nak kita semua faham bahawa sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai ketua kerajaan di peringkat persekutuan, saya perlu melihat dan memberi pertimbangan bukan saja daripada perspektif jangka pendek tetapi juga perspektif jangka panjang.

“Saya tak boleh melihat soal luar negara sahaja, tetapi perlu turun ke akar umbi. Kerajaan bertangugngjawab tak boleh berdiri atas platform mendapatkan populariti sahaja tetapi mengorbankan kepentingan rakyat dan negara.

“Kalau itulah pegangan mana-mana pihak semata-mata nak meraih sokongan dan undi waktu pilihanraya, dan sanggup korbankan prinsip dan kepentingan jangkapanjang negara, maka parti itu hanya nak cari populariti tapi rakhirnya rakyat yang akan menderita nanti,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama rakyat di SK Jalan U3, Taman Subang Perdana di Subang, Jumaat. Beliau sebelum itu menyertai penduduk tempatan mengerjakan solat Jumaat di masjid Taman Subang Perdana.

"Kita tidak beri janji yang kita tidak boleh tunaikan dan kita tidak janji yang tidak berpijak di bumi nyata. Kita tidak janji hari ini berkuasa, esok harga minyak akan turun. Ini janji untuk meraih populariti semata-mata, tidak ada perancangan untuk jangka masa panjang negara.

"Kita mesti melihat bagaimana kita boleh mengimbangi antara kepentingan meniti proses globalisasi dan memberi pertimbangan dalam negara," katanya.

alt

Najib berkata, dia bukan sahaja mahu negara luar menghormati Malaysia kerana berjaya melakukan transformasi pada negara tetapi juga menguasai sebahagian pasaran antarabangsa.

“Dengan cara seperti ini, bangsa Malaysia boleh menjadi bangsa maju menjelang 2020," katanya.

Menurut Najib ada orang mempersoalkan apa yang telah kerajaan lakukan seolah-olah mereka tidak sedar dan kadang-kadang tidak melihat nikmat yang diberikan selama ini.

"Ada orang tanya pada saya, apa kerajaan buat, seolah-olah dia kata dia belum rasa lagi apa kerajaan buat untuk dia.Saya tanya balik pada dia, saudara ada tak isi minyak dalam kereta saudara? Dia jawab, dia isi dengan RON95. Maka saya jawab, setiap liter, 80 sen itu adalah subsidi kerajaan.

“Tepung yang digunakan untuk ulit roti canai, pun ada subsidi, begitu juga minyak masak ada subsidi. Beras pun ada subsidi, malah anak-anak pergi ke sekolah juga ada juga subsidi di mana pendidikan hampir percuma diberikan dalam negara kita," katanya.

“Kita tidak sedar atau tak melihat bantuan kerajaan. Pihak satu lagi bagi RM100 riuh sekampung, tetapi kerajaan Barisan Nasional sudah bagi berbiliion Ringgit.

alt

"Perjuangan kita ini jauh lebih besar, cuma mereka ini pukul gendang lebih kuat saja. Tetapi kita mesti beritahu bahawa kerajaan Barisan Nasional dari dulu hingga sekarang tetap akan terus membantu.Kita akan ubah landskap tanah air secara transformasi menyeluruh," katanya disambut sorakan kira-kira 2,000 tetamu yang hadir.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyerahkan sumbangan RM165,000 kepada 33 keluarga di bawah program baik pulih rumah 1MDB serta sumbangan keperluan harian kepada 200 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin dalam kawasan Parlimen Subang.

Selepas majlis berkenaan, Najib melakukan tinjauan mesra di gerai-gerai makan sekitarTaman Subang Baru serta Sekolah Menengah Subang. Beliau kemudian melawat rumah penceramah agama, Ustaz Hasyim di Kampung Melayu Subang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana