Lagi ahli PAS di Pasir Puteh sertai UMNO

PASIR PUTEH 25 Julai – Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota Pas termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
Bekas penghulu mukim Gong Nangka, Zakaria Mat Husin berkata, Pas sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.
"Pas sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis “Selamat Tinggal Pas, Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga”, di Kampung Alor Pasir, di sini.
Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi Pas di kawasannya menyokong UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Ketua Pemuda Pas cawangan Alor Pasir, Mohd Jizi Omar pula berkata, beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan Pas menunaikan janji pilihan raya umum lepas. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana