100 ahli Pas keluar parti...keluar lagi

SIK 11 Jan. – Lebih 100 ahli Pas termasuk seorang ketua pemuda cawangan di Kampung Bandar Hilir dekat sini bertindak keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan Pas yang didakwa gagal membela nasib penduduk kampung tersebut.

Wakil mereka, Rashidi Othman, 46, yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu berkata, dia dan rakan-rakannya membuat keputusan itu setelah memikirkan nasib penduduk di kawasan tersebut yang semakin jauh dari arus pembangunan.
Malah katanya, lebih dikesalkan lagi janji manis pemimpin Pas yang ditabur sejak dahulu termasuk semasa pilihan raya lalu masih gagal ditunaikan.
"Kami kecewa kerana janji Pas kepada penduduk masih belum ditunaikan walaupun sudah tiga tahun memerintah Kedah," katanya.
Rashidi berkata demikian pada majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO kedah, Datuk Ahmad Bashah Hanipah di hadapan rumahnya di Kampung Bandar Hilir dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian sik, Mohd. Tajudin Abdulah; Ketua Pemudanya, Mahathir Abdul Hamid; Ketua Wanita bahagian itu, Siti Mariam Salleh dan Ketua Puterinya, Norhashimah Mohd. Nowar.
Tambah Rashidi, mereka berasa malu apabila pihak UMNO bersedia menghulurkan sumbangan dan bersedia membantu pada bila-bila masa dan keadaan itu membuktikan UMNO lebih prihatin dan banyak berbakti berbanding Pas.
Rashidi mengakui tindakan mereka menyertai UMNO turut memberi tamparan hebat kepada pas kawasan itu sehingga mereka sendiri telah dipulau sama ada kenduri atau kematian. - Utusan
klik sini

Comments

Anonymous said…
Salam,

Gambar-gambar boleh di:

1. http://onesik.blogspot.com/2011/01/program-pemimpin-turun-padang-bersama.html

2. http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/gelombang-merah-bermula-di-sik-bandar.html

3. http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/downstream-city-pasrael-meroyan-isu.html

terima kasih.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana