Posts

Showing posts from August, 2010
Image
Di Pulau Pinang isu doa khutbah Jumaat sebut nama Lim Guan Eng dah agak sejuk…di Selangor pula makin hangat dengan aksi Ahli Parlimen DAP Serdang,Teo Nie Ching berada dalam ruang sembahyang di Surau Al-Huda Kajang Sentral berbaju kebaya dan tidak menutup aurat pada 22 Ogos baru ini.Beliau telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.Entahlah kalau ini juga dikata bukan satu penghinaan kepada umat Islam dan mencemar kesucian rumah Allah.Isu ini yang disiarkan oleh beberapa laman blog semakin mengundang reaksi bantah dikalangan umat Islam ulasan saya: semua nya yang ada dalam masjid tu yang boleh berfikir yang mana elok atau tak elok...kenapa mesti diam membisu.masyallah...apa dah  jadinya.

194 ahli Pas Pengkalan Chepa sertai UMNO

KOTA BHARU 8 Ogos - Seramai 194 ahli Pas mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini. Mereka merupakan ahli Pas di tiga buah kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek. Ketiga-tiga Kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran 'kawasan hijau' berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas. Kesemua ahli Pas terbabit telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah `Selamat Tinggal Pas' di Kampung Tukang Dolah di sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk. Turut hadir memberikan ceramah adalah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin. Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan habis-habi