Posts

Showing posts from April, 2010

Terkini BN menang majoriti 1035 undi

tinggal saja lagi 16 peti undi sahaja lagi semoga keputusan berpihak kepada BN

Masyarakat Cina sambut meriah Najib di Hulu Yam Baru

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan luar biasa oleh hampir 500 penduduk Hulu Yam Baru majoritinya masyarakat Cina ketika walkabout mengejut ke pekan kecil itu, petang Jumaat. Perdana Menteri yang tiba dengan pakaian sepasang Melayu selepas solat Jumaat di Sungai Buaya kemudian menukar pakaian di sebuah restoran di pekan itu sebelum berjumpa dan bermesra dengan orang ramai. Dalam ucapannya, Najib mahu BN diberikan kepercayaan untuk melakukan perubahan di Selangor setelah ‘dipinjamkan’ selama dua tahun kepada pakatan pembangkang.Katanya, perubahan Selangor harus bermula di Hulu Selangor. Malah menurut beliau, kerajaan BN akan menunaikan janji membawa perubahan kepada bukan sahaja penduduk parlimen Hulu Selangor tetapi di negeri itu. Beliau yang juga Pengerusi BN dan UMNO Selangor yakin masyarat Cina akan terus bersama dan menyokong kerajaan. Terdapat seramai 1197 pengundi Cina di kawasan Hulu Yan Baru atau dikenali pusat mengundi Hulu Yam Timur manakala Melayu se

Ketua, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Shah Alam keluar parti

SHAH ALAM 18 April - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta. Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti. Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya. "Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pemba