Posts

Showing posts from 2010

Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Mufti Kelantan

KOTA BHARU 30 Nov. – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik. Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai. "Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. - Utusan apalah nak jadi sekarang ni...parti pas yang menjuangkan islam hanya diam membisu macam tak ada kesalahan apa apa..kenapa jadi bergini?kerana politik.

Orang PAS dipasir putih dikelantan menyertai UMNO

PerantauanTERKINI 103 bekas ahli yang kecewa dengan Pas sertai UMNO PASIR PUTEH 27 Nov. – Seramai 103 bekas ahli Pas termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam Parlimen Pasir Puteh bertindak menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini. Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66. "Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam,” kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman. Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata, parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi. – Bernama

Ku Li setuju jadi Pengarah PRK Galas

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kata Tengku Razaleigh Hamzah sudah setuju untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Galas.Katanya surat lantikan itu sudah ditandatangani oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia kini ditangannya.Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Hari Raya di ibupejabat Polis Putrajaya Isnin,Tengku Adnan berkata surat berkenaan besar kemungkinan diserah oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin sekembali Tengku Razaleigh dari luar negara pada 8 Oktober. saya harap akan menjadi kenyataan semoga umno mesti bersatu hati untuk menyatupadu orang melayu.apa yang saya harapkan semoga ku li akan dilantik menjadi calon dun galas.insyallah

Melayu sanggup diperkudakan tujuan politik

Image
melayu sanggup buat bergitu untuk menarik simpati pengundi bukan melayu dan sanggup lakukan apa saja tujuan politiknya.pas yang sebagai parti islam pun sudah macam liberal plak.

756 Ahli Pas Di Parlimen Larut Sertai Umno

SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya. Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak. Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat. Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO. &

Lebih 700 Ahli PKR Sertai PBS

TAMPARULI: Lebih 700 orang termasuk bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kiulu. Mereka menyerahkan borang keanggotaan masing-masing kepada Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan PBS bahagian itu dekat sini. Berucap merasmikan mesyuarat, Pairin berkata penyertaan beramai-ramai itu menunjukkan keyakinan mereka terhadap perjuangan PBS yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri turut meminta anggota parti serta masyarakat di Kiulu agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa kerajaan BN gagal membangunkan kawasan tersebut. "Memanglah kita tidak boleh memberikan semua kemudahan sekelip mata namun kerajaan berada dalam kedudukan yang lebih baik membantu rakyat berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tiada kemampunan melaksanakannya," katanya. Beliau turut memberi contoh beberapa
Image
Di Pulau Pinang isu doa khutbah Jumaat sebut nama Lim Guan Eng dah agak sejuk…di Selangor pula makin hangat dengan aksi Ahli Parlimen DAP Serdang,Teo Nie Ching berada dalam ruang sembahyang di Surau Al-Huda Kajang Sentral berbaju kebaya dan tidak menutup aurat pada 22 Ogos baru ini.Beliau telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.Entahlah kalau ini juga dikata bukan satu penghinaan kepada umat Islam dan mencemar kesucian rumah Allah.Isu ini yang disiarkan oleh beberapa laman blog semakin mengundang reaksi bantah dikalangan umat Islam ulasan saya: semua nya yang ada dalam masjid tu yang boleh berfikir yang mana elok atau tak elok...kenapa mesti diam membisu.masyallah...apa dah  jadinya.

194 ahli Pas Pengkalan Chepa sertai UMNO

KOTA BHARU 8 Ogos - Seramai 194 ahli Pas mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini. Mereka merupakan ahli Pas di tiga buah kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek. Ketiga-tiga Kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran 'kawasan hijau' berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas. Kesemua ahli Pas terbabit telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah `Selamat Tinggal Pas' di Kampung Tukang Dolah di sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk. Turut hadir memberikan ceramah adalah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin. Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan habis-habi

DEMONSTRANSI

Image
PASIR DICURI SIANG HARI, 24JAM TANPA HENTI ! NEGERI SELANGOR MAKIN RUGI,PAKATAN LUPA DIRI ! HAK RAKYAT DICURI, KRONI PENCURI MAKIN BERANI ! AYUH RAKYAT SELANGOR ! PERTAHANKAN WANG RAKYAT DARIPADA DICURI PAKATAN SELANGOR ! SEBARKAN !

perlawanan belanda lawan spain

saya harap perlawanan pagi nanti kesudahan sepanyol menang

Mohd. Asri Dijangka Serah Borang Umno Sebentar Lagi Kepada Najib

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disebut-sebut akan menyertai Umno dijangka menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dijadualkan kira-kira pukul 8 malam ini. Spekulasi kemasukan Mohd. Asri ke dalam parti mendapat perhatian banyak pihak selepas Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof mengumumkan khabar gembira itu semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang Sabtu lalu. Ramai percaya ulama muda itu tidak akan menyertai Umno kerana beliau seorang yang terkenal dengan sikapnya yang berpendirian tegas. Memetik laman web rasmi parti, Umno Online, Ab Rauf yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangu

Terkini BN menang majoriti 1035 undi

tinggal saja lagi 16 peti undi sahaja lagi semoga keputusan berpihak kepada BN

Masyarakat Cina sambut meriah Najib di Hulu Yam Baru

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan luar biasa oleh hampir 500 penduduk Hulu Yam Baru majoritinya masyarakat Cina ketika walkabout mengejut ke pekan kecil itu, petang Jumaat. Perdana Menteri yang tiba dengan pakaian sepasang Melayu selepas solat Jumaat di Sungai Buaya kemudian menukar pakaian di sebuah restoran di pekan itu sebelum berjumpa dan bermesra dengan orang ramai. Dalam ucapannya, Najib mahu BN diberikan kepercayaan untuk melakukan perubahan di Selangor setelah ‘dipinjamkan’ selama dua tahun kepada pakatan pembangkang.Katanya, perubahan Selangor harus bermula di Hulu Selangor. Malah menurut beliau, kerajaan BN akan menunaikan janji membawa perubahan kepada bukan sahaja penduduk parlimen Hulu Selangor tetapi di negeri itu. Beliau yang juga Pengerusi BN dan UMNO Selangor yakin masyarat Cina akan terus bersama dan menyokong kerajaan. Terdapat seramai 1197 pengundi Cina di kawasan Hulu Yan Baru atau dikenali pusat mengundi Hulu Yam Timur manakala Melayu se

Ketua, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Shah Alam keluar parti

SHAH ALAM 18 April - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta. Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti. Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya. "Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pemba

Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

KULIM 14 Mac – Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan negeri-negeri lain didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini. ADUN Lunas (Bebas), Mohd. Radzhi Salleh berkata, beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai. Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini, Mohd. Radzhi berkata, beliau sendiri akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat ini. Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh UMNO,

sendiri mahu ingatlah

Image
berginilah jadinya kalau menulis blog yang tak akal fikiran.kalau dah jadi macam ni tak guna lagi nak minta maaf,terlajah perahu boleh undur terlajah kata buruk padahnya.sendiri mahu ingat ler.entah entah orang johor sendiri...harus kena buang negeri ni kat sultan.