Karpal didakwa ...syukur

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini pagi esok mengikut peruntukan Akta Hasutan 1948.
Menurut sumber, pendakwaan ke atas Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berikutan kenyataan beliau yang mempunyai unsur hasutan.
Pendakwaan tersebut susulan daripada kenyataan beliau terhadap Sultan Perak ketika krisis politik di negeri itu berikutan perubahan kepimpinan negeri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 25 Februari lalu mengesahkan polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung 97 laporan polis terhadap pemimpin DAP itu kepada Pejabat Peguam Negara.
Karpal dilaporkan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Sultan Perak kerana memberi perkenan bagi pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Berdasarkan laporan sebelum ini, semua kes yang dilaporkan berkaitan kenyataan Karpal itu disiasat polis mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana